Tuesday, November 18, 2008

KU DAMBA KEAMPUNAN

KU DAMBA KEAMPUNAN

APABILA AKU TERKENANGKAN JANJI-MU
TERASA GERUNNYA DIHATIKU
BETAPA FAKIRNYA FITRAH KUPADA-MU
BETAPA JAUHNYA DIRIKU DARI-MU

SEPANJANG KU DIBUAI MIMPI
TELAH KU LUPAKAN JANJI-MU OH ILAHI
LENAKU MASIH BELUM TERJAGA LAGI
YA ALLAH SEDARKANLAH DAKU

OH TUHAN KINI KU TELAH JAGA
JANJI-MU TAKKAN MUNGKIR
PADA HAMBA YANG INGKAR

DIRIKU TIDAK KAN TERLEPAS
KESALKU MAKIN MENEKAN
INSAFKU KIAN MENINGKAT

APAKAH MASIH TERSISAKAH TITISAN RAHMAT
MOGA DIRIKU DI KUNIAKAN BERKAT
TIDAK TERTAHAN DIRIKU YA ALLAH
MENANGGUNG AZAB SIKSAAN-MU
TIDAK SANGGUP MERASA DIRIKU YA ALLAH
MENANGGUNG KEMURKAAN-MU

YA ALLAH AMPUNLAH KESALAHANKU
YA ALLAH AMPUN KETERLANJURANKU
KU MEMOHON RAHMAT DARIPADA-MU
SEMOGA DI HAZAFKAN DOSAKU

LAGU:AMAR
LIRIK:WAN ABDUL SALAM

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
1. Qul huwallaahu Ahad.
2. Allaahus Shamad.
3. Lam yalid wa lam yuulad
4. Wa lam yakul lahu kufuwan Ahad


Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
1. Katakanlah : "Dialah Allah, Yang Maha Esa"
2. Allah adalah Tuhan, yang bergantung kepada Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tiada diperanakkan.
4. Dan tidak ada seorang pun / sesuatu pun yang setara dengan Dia

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

1. Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

2. Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

3. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

4. Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

5. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

6. Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

7. Untuk Mendapatkan kebaikan di dunia dan akherat
Bacalah surat Al - Ikhlas setip hari sebagai amalan sehari - harinya. Insya Allah berkat surat Ikhlas yang kita baca itu kita akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

8. Terhindar dari fitnah dan siksa kubur
Bacalah surat Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang yang sakit itu lantas mati pada hari itu juga, maka insyAllah dia akan diselamatkan dari fitnah kubur

Penyiksaan Terhadap Wanita Di Akhirat Kelak

"RASULULLAH LIHAT PELBAGAI SEKSAAN KE ATAS WANITA INGKAR KETIKA ISRAK

SAIDINA Ali r.a meriwayatkan sebagai berikut:
"Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w dan kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau:
"Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab:
"Pada malam aku di Israk ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan, apabila teringatkan mereka aku menangis."

Saya bertanya lagi:
"Wahai Rasulullah, apakah yang tuan lihat?'
Baginda bersabda:

• Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

• Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan cairan yang mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya.

• Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggung sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

• Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking.

• Wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya kelihatan api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

• Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

• Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

• Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

• Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah sambil berkata:
"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku ceritakanlah kepadaku apakah perbuatan wanita itu."
Rasulullah s.aw bersabda:
"Wahai Fatimah, ada pun mengenai:

• Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (dijilbab) di kalangan lelaki

• Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.aw bersabda:
"Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah menciptanya mulut pada hari kiamat selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya di belakang lehemya.

• Ada pun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

• Ada pun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.


• Ada pun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk, dilihat lelaki lain serta suka membicakan keaiban orang.


• Ada pun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

• Ada pun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

• Ada pun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka melaga-lagakan orang serta berdusta.


• Ada pun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah kepada suaminya. Malah ada di antaranya isteri nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik pada zaman itu.
Antara sifat buruk mereka:


• Isteri Nabi Nuh suka mengejek dan mengutuk suaminya.


• Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.

Doa

Doa

Biarpun umurnya dipanjangkan, hartanya banyak berlimpah-ruah, tetapi kekayaan itu tidak diredai Allah. Maka, setiap insan beriman dianjurkan berdoa: "Jika Engkau panjangkan umurku berilah umur yang Engkau reda (umur yang engkau sukai), dan jika Engkau beri kekayaan berilah kekayaan yang Engkau reda."

Doa

Uthman bin Abu al-Ass mengadu kepada Rasulullah SAW akan kesakitan dirasai pada jasadnya sejak ia memeluk Islam, lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Letakkan tangan engkau pada bahagian jasad yang engkau merasai sakit dan katakanlah: Dengan nama Allah, sebanyak tiga kali, kemudian katakanlah sebanyak tujuh kali: Aku mohon berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan yang aku dapat dan aku berwaspada."
(Hadis riwayat Muslim)

Doa

Sementara itu, Rasulullah SAW juga mengajar doa menziarahi orang sakit. Daripada Ibnu Abbas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang menziarahi pesakit yang belum tiba saat kematiannya, lalu ia berkata di sisinya, sebanyak tujuh kali: Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan 'Arasy yang Agung, agar menyembuhkan engkau. Nescaya Allah akan menyelamatkannya daripada penyakit itu." (Hadis riwayat Abu Daud)

Umat Islam juga diingatkan mengelakkan penyakit yang mengaibkan dan berbahaya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan segala penyakit yang berbahaya."



Doa

Dan dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada mati sebab jatuh ke dalam telaga, mati akibat runtuhan, tenggelam, kebakaran dan aku berlindung daripada dibinasakan oleh syaitan ketika hendak mati, aku berlindung kepada-Mu, dan aku berlindung daripada mati kerana sengatan binatang yang bisa."
(Hadis riwayat al-Nasai dan al-Hakim)